Berita iCloud

Apple Menurunkan Harga Storan iCloud 2TB Kepada RM39.90, Membuang Pilihan 1TB


Dengan Apple WWDC 2017 yang berlangsung pada hari ini dengan pelbagai sistem operasi, perisian dan juga produk terbaru, Apple telah mengemaskini dan memudahkan pilihan storan iCloud dengan harga yang baharu. Harga yang dipaparkan ini ialah mengikut langganan bulanan.

Pilihan storan 1TB telah dihapuskan manakala pilihan storan 2TB telah diturunkan harga kepada RM39.90 yang sama seperti 1TB sebelum ini. Untuk pilihan 50GB dan 200GB ialah sama dan tiada perubahan. Berikut ialah senarai harga storan iCloud terkini dan sebelum ini:

Terkini:
50GB: RM3.90
200GB: RM11.90
2TB: RM39.90

Sebelum:
50GB: RM3.90
200GB: RM11.90
1TB: RM39.90
2TB: RM79.90

Ramai pengguna yang mahu Apple menambahkan storan percuma tapi hari ini Apple telah menurunkan harga storan yang tertinggi sahaja. Storan percuma untuk iCloud ialah terhad kepada 5GB sahaja. Dalam iOS 11 dan macOS High Sierra, Apple menawarkan pilihan untuk berkongsikan pilihan 200GB dan 2TB bersama-sama ahli keluarga, mungkin ini disebabkan harga diturunkan. Pelan ini boleh dibeli pada semua peranti iOS bermula hari ini.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen