Info iPhone

iPhone Anda Sokong LTE/4G di Malaysia?

Adakah iPhone anda sokong LTE/4G di Malaysia? Persoalan inilah yang sering bermain di fikiran pengguna-pengguna iPhone. Rugi je beli iPhone mahal-mahal kalau tak dapat LTE/4G.

Anda harus pastikan

  1. Kad SIM anda telah pun dinaik taraf untuk menyokong LTE. Rujuk syarikat rangkaian anda
  2. Pelan Internet anda menyokong LTE
  3. Nombor anda sudah diaktifkan dengan LTE. Contohnya, kalau Umobile, taip LTE ON dan hantarkan ke 28118 (caj servis ialah RM 0.05/SMS)
  4. Seting > Pilihan Data Selular > Data > 4G/LTE (Pastikan anda pilih)
  5. Pastikan iPhone anda menyokong band LTE di Malaysia dan juga mengikut band yang disokong oleh syarikat rangkaian tertentu di kawasan anda.

Seperti yang kita sedia maklum, iPhone 5 merupakan model pertama iPhone yang menyokong sambungan LTE/4G. Harus diingatkan, tidak semua model iPhone menyokong LTE/4G di Malaysia. Di Malaysia, band LTE yang disokong ialah Band 3, 5, 7, 8, 38 dan 40.

  • Band 3 (FDD 1800MHz) disokong oleh Celcom, Maxis, Digi (sebahagian), Umobile (sebahagian) dan MVNO tertentu.
  • Band 5 (FDD 850MHz) disokong oleh TMGo dan Webe.
  • Band 7 (FDD 2600MHz) disokong oleh Celcom, DiGi, Maxis, Umobile dan MVNO tertentu
  • Band 8 (FDD 900MHz) disokong oleh DiGi (bermula Ogos 2017)
  • Band 38 (TDD 2600MHz) disokong oleh YES dan Webe
  • Band 40 (TDD 2300 MHz) disokong oleh YES dan Webe

Di Malaysia juga tidak semua pencawang telekomunikasi dilengkapi dengan kedua-dua Band 3 and Band 7, atau kesemua band (jalur). Kadang-kadang satu pencawang hanya menyalurkan satu jalur rangkaian sahaja. Pencawang masih lagi dalam process naik taraf dan percubaan.

Jika anda menggunakan iPhone, anda boleh lihat pencawang manakah yang dihubungkan ke iPhone anda. Untuk melihat band LTE yang disokong, anda boleh masuk Field Test Mode dahulu.

  1. Dail *3001#12345#*
  2. Pergi ke Serving Cell Info
  3. Lihat Frequency Band Indicator.

Bandingkan dengan spesifikasi iPhone anda, adakah ianya sokong atau tidak. Sebagai contoh, pada gambar di atas, tertera Band 7.
No Model adalah salah satu cara untuk membezakan iPhone. boleh rujuk di –> Fungsi Model No. di setiap iPhone

Boleh tengok model anda di tetapan iPhone anda
Settings > General > About > Legal > Regulatory (Model AXXXX)
Seting > Umum > Perihal > Undang-undang > Kawal Selia (Model AXXXX)
Jangan terlalu percaya pada kotak dan housing belakang kerana ianya boleh diubah-ubah.

iPhone 5

  • A1428 – Band 4, 17 (Tidak sesuai digunakan di Malaysia)
  • A1429 – Band 1, 3, 5, 13, 25 (Sesuai digunakan di Malaysia) (ada Model GSM dan CDMA)
  • A1442 – Tidak menyokong LTE (Digunakan di China)

iPhone 5C

  • A1456 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 8, 13, 17, 18, 19, 20, 25, 26 (CDMA)
  • A1507 – Band 1, 2, 3, 5, 7, 8, 20
  • A1516 – Digunakan Di China (menyokong rangkaian China)
  • A1526 – Digunakan Di China (Tiada sokongan LTE)
  • A1529 – Band 1, 2, 3, 5, 7, 8, 20 (Untuk Asia Pasifik termasuk Malaysia)
  • A1532 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 8, 13, 17, 19, 20, 25 (Untuk CDMA dan GSM sahaja. Untuk versi dari China, tidak menyokong LTE)

iPhone 5S

  • A1453 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 8, 13, 17, 18, 19, 20, 25, 26
  • A1457 – Band 1, 2, 3, 5, 7, 8, 20
  • A1518 – Band 38, 39, 40 (China LTE)
  • A1528 – Tidak menyokong LTE (China Network)
  • A1530 – Band 1, 2, 3, 5, 7, 8, 20, 38, 39, 40 (Untuk Asia Pasifik termasuk Malaysia)
  • A1533 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 8, 13, 17, 19, 20, 25 (Untuk CDMA dan GSM sahaja. Untuk versi China, tidak menyokong LTE )

iPhone 6

  • A1549 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 7, 8, 13, 17, 18, 19, 20, 25, 26, 28, 29 (CDMA dan GSM)
  • A1586 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 7, 8, 13, 17, 18, 19, 20, 25, 26, 28, 29, 38, 39, 40, 41 (GSM Global)
  • A1589 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 7, 8, 13, 17, 18, 19, 20, 25, 26, 28, 29 (China. LTE hanya boleh disambung apabila di luar negara sahaja)

iPhone 6 Plus

  • A1522 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 7, 8, 13, 17, 18, 19, 20, 25, 26, 28, 29 (CDMA dan GSM)
  • A1524 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 7, 8, 13, 17, 18, 19, 20, 25, 26, 28, 29, 38, 39, 40, 41 (GSM Global)
  • A1593 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 7, 8, 13, 17, 18, 19, 20, 25, 26, 28, 29 (China. LTE hanya boleh disambung apabila di luar negara sahaja)

iPhone 6S

  • A1633 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 7, 8, 12, 13, 17, 18, 19, 20, 25, 26, 27, 28, 29, 30, 38, 39, 40, 41 (CDMA+GSM)
  • A1688 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 7, 8, 12, 13, 17, 18, 19, 20, 25, 26, 27, 28, 29, 38, 39, 40, 41 (GSM Global)
  • A1700 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 7, 8, 12, 13, 17, 18, 19, 20, 25, 26, 27, 28, 29, 38, 39, 40, 41 (China Global)

iPhone 6S Plus

  • A1634 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 7, 8, 12, 13, 17, 18, 19, 20, 25, 26, 27, 28, 29, 30, 38, 39, 40, 41 (CDMA+GSM)
  • A1687 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 7, 8, 12, 13, 17, 18, 19, 20, 25, 26, 27, 28, 29, 38, 39, 40, 41 (GSM Global)
  • A1699 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 7, 8, 12, 13, 17, 18, 19, 20, 25, 26, 27, 28, 29, 38, 39, 40, 41 (China Global)

iPhone SE

  • A1662 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 8, 12, 13, 17, 18, 19, 20, 25, 26, 29
  • A1723 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 7, 8, 12, 17, 18, 19, 20, 25, 26, 28, 38, 39, 40, 41
  • A1724 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 7, 8, 12, 17, 18, 19, 20, 25, 26, 28, 38, 39, 40, 41

iPhone 7

  • A1660 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 7, 8, 12, 13, 17, 18, 19, 20, 25, 26, 27, 28, 29, 30, 38, 39, 40, 41 (CDMA+GSM)
  • A1778 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 7, 8, 12, 13, 17, 18, 19, 20, 25, 26, 27, 28, 29, 30, 38, 39, 40, 41 (GSM Global)
  • A1779 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 7, 8, 11, 12, 13, 17, 18, 19, 20, 21, 25, 26, 27, 28, 29, 38, 39, 40, 41 (Jepun CDMA)
  • A1780 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 7, 8, 12, 13, 17, 18, 19, 20, 25, 26, 27, 28, 29, 38, 39, 40, 41 (China)

iPhone 7 Plus

  • A1661 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 7, 8, 12, 13, 17, 18, 19, 20, 25, 26, 27, 28, 29, 30, 38, 39, 40, 41 (CDMA+GSM)
  • A1784 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 7, 8, 12, 13, 17, 18, 19, 20, 25, 26, 27, 28, 29, 30, 38, 39, 40, 41 (GSM Global)
  • A1785 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 7, 8, 11, 12, 13, 17, 18, 19, 20, 21, 25, 26, 27, 28, 29, 38, 39, 40, 41 (JepunCDMA)
  • A1786 – Band 1, 2, 3, 4, 5, 7, 8, 12, 13, 17, 18, 19, 20, 25, 26, 27, 28, 29, 38, 39, 40, 41 (China)

Nazrin

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen