Acara Khas Apple iPad

iPad Generasi Ketujuh Dengan Skrin 10.2-Inci Diperkenalkan – Bermula Dari RM1449


Apple hari ini memperkenalkan model iPad yang baharu bagi menggantikan iPad 9.7-inci sebelum ini. Model permulaan iPad ini hadir dengan skrin yang bersaiz besar 10.2-inci yang dikuasakan dengan cip pemprosesan A10 Bionic dan M10 coprocessor.

Rekaan iPad baharu ini masih mengekalkan penggunaan Touch ID bagi sistem keselamatan dan juga turut menyokong sokongan input Apple Pencil (generasi pertama). Papan kekunci juga disokong dan boleh disambungkan dengan menggunakan sambungan Smart Connector.

Sebanyak tiga warna iaitu Silver, Space Grey dan Gold ditawarkan manakala bagi saiz storan pula, hanya dua variasi iaitu 32GB dan 128GB yang ditawarkan. iPad 10.2-inci ini boleh didapati secara rasminya di Malaysia bermula dari harga RM1449 untuk versi WiFi, dan RM1999 untuk versi selular.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen