Berita iPad

iPad Generasi Ketujuh Dengan Skrin 10.2-Inci Kini Boleh Didapati Di Malaysia


Apple Malaysia melalui laman jualan rasmi telah mengemas kini bagi penjualan iPad baharu iaitu generasi ke-7 dengan skrin bersaiz 10.2-inci. iPad baharu ini diperkenalkan pada acara khas Apple yang berlangsung pada 11 September lepas ialah penggantian kepada iPad 9.7-inci sebelum ini. Buat masa ini, pembelian melalui wakil penjual rasmi di Malaysia masih belum diumumkan lagi.

iPad 10.2-inci ini dikuasakan dengan cip pemprosesan A10 Bionic dan kopemproses M10. Penggunaan seperti Touch ID bagi sistem keselamatan masih ditawarkan dan juga turut menyokong sokongan input Apple Pencil (generasi pertama). Papan kekunci juga disokong dan boleh disambungkan dengan menggunakan sambungan Smart Connector.

Tiga pilihan warna yang ditawarkan untuk iPad baharu ini iaitu Silver, Space Grey dan Gold. Hanya dua versi sahaja yang terdapat untuk iPad 10.2-inci ini iaitu 32GB dan 128GB. Menurut Apple, rekaan iPad seperti ini adalah yang popular di kalangan model-model iPad yang dijual di pasaran.

iPad 10.2-inci ini hadir dengan sistem operasi baharu yang dinamakan sebagai iPadOS. Sistem operasi iPadOS ini membawakan pelbagai ciri dan fungsi yang dibangunkan khas untuk peranti iPad. Antara ciri baharu ialah seperti sokongan tetikus, sokongan alat kawalan jauh Xbox One S dan PlayStation DualShock 4 untuk bermain permainan Apple Arcade termasuklah penggunaan pengaksesan fail dan dokumen dalam satu masa yang sama dengan menggunakan ciri Split View serta ciri Slide Over untuk menukar kepada aplikasi lain dengan pantas.

Senarai harga mengikut storan dan jenis:

Wi-Fi:
32GB – RM1449
128GB – RM1849

Wi-Fi + Selular:
32GB – RM1999
128GB – RM2399

Bagi yang berminat untuk membeli papan kekunci dan Apple Pencil, berikut ialah senarai harga:

Papan kekunci ‘Smart Keyboard’ – RM649

Apple Pencil (generasi pertama) – RM419


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen