Berita iPad

Peleraian iPad 10.2-inci Oleh iFixit Memperlihatkan 3GB RAM Dan Beberapa Perubahan Dalaman


Pada minggu ini terdapat beberapa peleraian produk baharu Apple dilakukan oleh iFixit. Antaranya ialah iPhone 11, iPhone 11 Pro dan Apple Watch Series 5 adalah produk yang telah diperkenalkan pada awal bulan ini. Hari ini, iFixit telah melakukan peleraian bagi iPad generasi ke-7 dengan skrin 10.2-inci.

Hasil peleraian tersebut mendapati, iPad 10.2-inci mempunyai 3GB RAM berbanding 2GB RAM pada iPad generasi ke-6 9.7-inci yang diperkenalkan pada tahun lepas. Namun, dari segi kapasiti bateri adalah sama iaitu 8227 mAh antara kedua-dua iPad walaupun iPad 10.2-inci mempunyai saiz bingkai luaran yang lebih besar.

Selain itu, penggunaan cip pemprosesan antara kedua-dua iPad juga adalah sama iaitu cip Apple A10 dengan sokongan Apple Pencil generasi pertama tetapi iPad 10.2-inci mempunyai skrin yang lebih besar dan sambungan Smart Connector untuk menyambungkan papan kekunci Smart Keyboard bersaiz penuh. Terdapat juga penambahan magnet pada iPad 10.2-inci bagi membolehkan papan kekunci dilekatkan dengan kuat.

iPad 10.2-inci ini masih belum lagi dijual secara rasmi di Malaysia tetapi harga mengikut jenis dan storan sudah pun diketahui iaitu:

Wi-Fi:
32GB – RM1449
128GB – RM1849

Wi-Fi + Selular:
32GB – RM1999
128GB – RM2399

Anda boleh lihat proses peleraian lengkap pada laman web iFixit.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen