Acara Khas Apple iPhone

iPhone 11 Diperkenalkan, Hadir Dengan Dwi-Kamera Dan Pilihan Warna Baharu – Bermula Dari RM3399


Bersama-sama dengan iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max, Apple juga turut memperkenalkan telefon pintar ketiga mereka iaitu iPhone 11. iPhone 11 ini menggantikan iPhone XR yang popular dijual pada tahun lepas dengan beberapa penambahbaikan, selain ditawarkan dengan pilihan warna yang baharu.

iPhone 11 masih mengekalkan rekaan skrin 6.1-inci LCD dan bahan aluminium sama seperti iPhone XR. Pilihan warna baharu tersebut ialah warna putih, hitam, hijau, kuning, ungu dan merah (Product RED) yang ditawarkan untuk iPhone 11 pada kali ini.

Kamera iPhone 11 ditawarkan penggunaan dwi-kamera yang dilengkapi dengan lensa sudut lebar dan lensa sudut lebar ultra. Ini membolehkan pengguna untuk mengubah proses tangkapan gambar samada untuk zum atau tidak. Selain itu, terdapat juga ciri Night Mode bagi meningkatkan prestasi yang lebih baik apabila berada dalam keadaan gelap. 

Sistem kamera turut dilengkapi dengan ciri Smart HDR generasi seterusnya dan ciri QuickTake yang membolehkan untuk membuat rakaman video dengan menekan lama butang pengatup kamera. Bagi rakaman video, iPhone 11 ini boleh membuat rakaman sehingga 4k pada 60fps termasuklah slo-mo, time-lapse.

Untuk kamera hadapan pula, telah dikemas kini kepada 12-megapiksel dengan sokongan swafoto sudut lebar untuk lanskap. Sokongan rakaman video 4K pada 60fps dan slo-mo juga terdapat pada kamera hadapan iPhone 11 ini.

Sama seperti iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max, iPhone 11 dikuasakan dengan cip pemprosesan A13 Bionic dengan rekaan berasaskan 7nm. Dari segi ketahanan, iPhone 11 mempunyai taraf IP68 bagi percikan, dan kekalisan air serta habuk berbanding iPhone XR pada taraf IP67. Untuk ketahanan bateri, iPhone 11 menawarkan masa penggunaan tambahan sebanyak 1 jam berbanding iPhone XR sebelum ini. Saiz storan juga masih dikekalkan dengan 64GB, 128GB dan 256GB.

Harga telefon pintar ini ialah bermula dari:

  • iPhone 11 64GB : RM3399
  • iPhone 11 Pro 128GB : RM3599
  • iPhone 11 Pro 256GB : RM4099

iPhone 11 akan sedia boleh didapati pada 27 September ini secara rasminya di Malaysia.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen