Info iPhone

Kapasiti Bateri iPhone 11 Bermula Dari 3046 mAh Hingga 3969 mAh Dengan 4GB RAM


Seperti yang diumumkan oleh Apple ketika acara khas yang lepas, ketiga-tiga model iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max mempunyai ketahanan bateri yang lebih lama berbanding model sebelum ini. Menurut Apple, iPhone 11 menawarkan masa penggunaan tambahan sebanyak 1 jam berbanding iPhone XR manakala iPhone 11 Pro menawarkan masa penggunaan tambahan sebanyak 4 jam berbanding iPhone XS, sementara itu iPhone 11 Pro Max pula menawarkan masa penggunaan tambahan selama 5 jam berbanding iPhone XS Max sebelum ini.

Hari ini, agensi TEENA telah mengeluarkan dokumen mengenai spesifikasi kapasiti bateri iPhone baharu ini. Berikut ialah senarai kapasiti bateri mengikut model iPhone:

Sebagai perbandingan, berikut ialah senarai kapasti bateri model iPhone lepas:

  • iPhone XR: 2942 mAh dengan 3GB RAM
  • iPhone XS: 2658 mAh dengan 4GB RAM
  • iPhone XS Max: 3174 mAh dengan 4GB RAM

Berdasarkan senarai di atas, iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max masing-masing mempunyai kapasti bateri lebih besar sebanyak 5.7%, 14.5%, dan 25% berbanding iPhone XR, iPhone XS, dan iPhone XS Max. Tahun lepas, iPhone XR menawarkan ketahanan bateri lebih lama berbanding iPhone Xs dan iPhone Xs Max.

Sumber artikel: MacRumors


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen