Aplikasi

Twitter Melancarkan Ciri Tapisan Spam Pada Direct Message

Twitter hari ini telah mengumumkan dan melancarkan ciri baharu khas untuk mesej peribadi (Direct Message/DM). Ciri baharu ini akan menapis segala mesej berbentuk spam atau penyalahgunaan seperti penggunaan bahasa kesat, melemparkan cacian, makian dan sebagainya. Twitter mula menguji ciri ini pada dua bulan lepas bagi mengutamakan keselamatan dan keselesaan pengguna.

Pada halaman Message Requests akan terdapat satu halaman tapisan mesej spam dan penyalahgunaan seperti di atas yang ditapis secara automatik. Ciri ini adalah sangat berguna kepada pengguna yang menerima mesej dalam jumlah yang banyak dan tidak terhad kepada pengikut sahaja. Tapisan ini juga terdapat pada aplikasi Twitter untuk peranti mudah alih dan juga pada versi laman web Twitter.

Untuk pengguna iOS, pastikan anda mengemas kini aplikasi kepada versi yang terkini di App Store bagi mendapat dan menggunakan ciri baharu ini.

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen