Info

Paparan Media Pada Ciapan Twitter Web Kini Lebih Lebar


Sebelum ini, Twitter telah memperkenalkan antaramuka baharu bagi pengguna peranti mudah alih dengan paparan media pada ciapan yang lebih lebar. Sehubungan dengan itu, hari ini Twitter telah mengemas kini versi web untuk perubahan antaramuka ini.

Gambar atau video dipaparkan lebih lebar pada garis masa tanpa perlu menekannya untuk melihat secara satu persatu. Sebelum ciapan dihantar, paparan media adalah selebar seperti yang bakal dipaparkan di Twitter.

Namun jika anda mempunyai skrin monitor yang lebih lebar, gambar atau video yang bersaiz tinggi akan mempunyai ruang pada bahagian kanan dan tidaklah lebar seperti yang lain.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen