Aplikasi

Twitter Mula Menguji Jualan Secara Siaran Langsung Pada Twitter Live


Dengan media sosial, kesemua perkara boleh dilakukan tanpa perlu menggunakan aplikasi lain. Ini termasuklah penjualan produk yang boleh dibuat tanpa perlu melalui aplikasi dagangan. Kini, Twitter mula menguji jualan produk yang boleh dibuat secara siaran langsung melalui Twitter Live.

Twitter Live sememangnya berguna untuk menyampaikan maklumat terkini seperti berita, perlawanan sukan dan sebagainya. Dengan jualan secara siaran langsung ini, menambahkan lagi penggunannya bagi pengguna di Twitter.

Jualan siaran langsung yang pertama dimulakan dengan syarikat Walmart yang berkolaborasi dengan penyanyi Jason Derulo. Acara ini bakal disiarkan pada 28 November ini pukul 7 malam EST atau waktu Malaysia pada 29 November pukul 8 pagi.

Ciri baharu ini berkemungkinan adalah lebih kurang sama seperti jualan siaran langsung yang terdapat pada Shopee. Jika ia dibuka untuk pasaran tempatan, ia bakal menjadi pesaing kepada Shopee Live pula.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen