Aplikasi

Pengguna Yang Terlepas Sesi Kini Boleh Mendengar Semula Rakaman Audio Twitter Spaces


Twitter pada hari ini telah mengumumkan ciri merakam audio bagi sesi Twitter Spaces yang berlangsung. Dengan ciri ini, pengguna yang terlepas sesi tersebut boleh mendengarkan semula rakaman audio serta boleh dijadikan sebagai podsiar tanpa perlu menggunakan platform yang lain.

Untuk mendengar rakaman semula audio tersebut, hos terlebih dahulu perlu mengaktifkannya sebelum sesi Twitter Spaces berlangsung. Sesi Twitter Spaces yang telah diaktifkan rakaman akan tertera ikon “Rec” berwarna merah pada bahagian atas dan setelah habis ia boleh dikongsikan kepada pendengar lain.

Penggunaan ciri mendengar kembali rakaman ini boleh diakses oleh pengguna iOS, Android dan laman web. Bagi mengaktifkan rakaman, sebahagian hos menggunakan peranti iOS dan Android boleh mencubanya bermula hari ini.

Dengan ciri berguna ini. sebarang fakta yang telah disebut dalam sesi Twitter Spaces boleh disemak semula. Ini juga boleh mengelakkan sebarang penyampaian maklumat yang salah dan seterusnya membawa kepada fitnah.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen