Aplikasi

Sejumlah Pengguna Twitter Melaporkan Akaun Mereka Dilog Keluar Automatik Pada iOS 15


Terdapat beberapa pengguna Twitter yang melaporkan akaun mereka telah dilog keluar secara automatik ketika ingin mengakses menggunakan aplikasi Twitter untuk iOS. Perkara ini disahkan sendiri oleh Twitter Support yang menyatakan masalah ini terjadi di kalangan peranti pengguna yang menggunakan sistem operasi iOS 15.

Pengguna juga melaporkan perkara ini terjadi pada setiap kali mereka mengakses aplikasi. Pepijat ini meliputi kesemua akaun yang telah dilog masuk, jika anda mempunyai akaun tambahan ia akan log keluar semua akaun secara rawak. Oleh itu, ia menyebabkan pengguna perlu membuat log masuk akaun mereka hampir beberapa kali tanpa sebarang penjelasan.

Pengguna dinasihatkan untuk senantiasa mengemas kini aplikasi di App Store jika ada dan mengikuti kemas kini serta maklum balas oleh Twitter Support.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen