Konsep

Konsep iPhone 12 Pro Dengan Rekaan iPhone SE Dan Paparan Skrin ProMotion, Empat Kamera


Barisan iPhone 2020 diramalkan bakal mempunyai perubahan utama dari segi rekaan yang bakal mengembalikan permukaan rata pada bahagian tepi seperti iPhone 4/5/SE sebelum ini. Oleh itu, rekaan konsep adalah gambaran dan imaginasi yang dapat membayangkan mengenai rekaan model iPhone pada tahun hadapan.

Sebelum ini terdapat beberapa laporan dan khabar angin melaporkan mengenai rekaan iPhone baharu ini. Penganalisis terkemuka iaitu Ming-Chi Kuo telah menyatakan bahawa bahagian bingkai luaran seperti iPhone 4 berpandukan rekaan model iPad Pro 2018. Beliau juga mempercayai faktor reka bentuk baharu ini dengan sokongan 5G.

Hadir daripada pereka Path of Design telah memperlihatkan iPhone 2020 dengan rekaan kotak dan petak. Pada bahagian hadapan tidak mempunyai rekaan takuk dan mempunyai skrin ProMotion. Manakala pada bahagian belakang pula, mempunyai 4 kamera utama dengan kebolehan untuk mengecas secara dua hala. Pada bahagian tepi, rekaan berkotak seperti iPad Pro bagi bingkai luaran keluli tahan karat.

Anda boleh menonton video konsep di bawah:


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen