Khabar Angin

Kuo: iPhone SE 2 Dengan Rekaan iPhone 8 design, Bermula dari *RM1670, Storan 64/128 GB, Tiada 3D Touch

Apple dilaporkan bakal melancarkan iPhone SE 2 pada suku pertama 2020 bermula dari harga $399 (~RM1670) menurut penganalisis Apple terkemuka daripada TF Securities iaitu Ming-Chi Kuo. Sebelum ini, beliau pernah menyatakan bahawa iPhone SE 2 ini akan mempunyai rekaan seperti iPhone 8 dengan spesifikasi terkini.

Menurut beliau, iPhone SE 2 ini bakal mempunyai spesifikasi seperti:

  • A13 CPU
  • 3GB RAM
  • pilihan storan 64GB dan 128GB
  • pilihan warna Space Gray, Silver dan merah
  • Tiada 3D Touch

Beliau menjangkakan iPhone SE 2 ini akan menjadi tarikan dan pilihan utama oleh pengguna iPhone 6 dan iPhone 6s sekarang ini. iPhone SE 2 dilaporkan akan mempunyai rekaan seperti iPhone 8. Oleh itu sistem pengesahan biometrik cap jari iaitu Touch ID dijangka akan dikekalkan dan terdapat satu kamera pada bahagian belakang termasuklah skrin bersaiz 4.7-inci.

Sumber artikel: MacRumors

Haziq Harun

Artikel ini saya tulis. Saya menulis artikel ini. Artikel ini ditulis oleh saya.

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen