Berita iPhone

Pra-Tempahan iPhone SE Akan Dibuka Bermula 11 Mei Melalui Laman Jualan Apple


Apple hari ini secara rasminya telah mengumumkan pembukaan bagi pra-tempahan iPhone SE mereka. Telefon pintar baharu ini merupakan generasi kedua bagi model ‘SE’, yang baru sahaja dilancarkan pada bulan April lepas. Selain itu, pra-tempahan juga ditawarkan melalui syarikat telekomunikasi serta pengedar rasmi Apple bermula minggu hadapan.

iPhone SE generasi kedua ini merupakan telefon pintar kompak dengan penambahbaikan spesifikasi yang terkini. Dijana oleh cip pemprosesan Apple A13 Bionic dan menggunakan semula rekaan berasaskan model iPhone 8, peranti ini sememangnya menjadi salah satu pilihan pengguna bagi yang ingin peranti mampu milik atau bagi yang ingin berjinak akan ekosistem Apple.

iPhone SE ini ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu hitam, putih dan merah (PRODUCT)RED. Pengguna boleh memilih storan bermula dari 64GB pada harga RM1999, RM2199 untuk 128GB dan RM2699 bagi storan 256GB.