Acara Khas Apple iPhone

iPhone 13 Pro Dan iPhone 13 Pro Max Diperkenalkan – Hadir Dengan Sistem Kamera Baharu Dan Skrin 120Hz


Dalam acara khas hari ini, Apple telah memperkenalkan siri telefon pintar mereka iaitu model iPhone 13. Bagi versi andalan, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max kini diperkenal dengan secara rasmi kepada umum. Dari segi rekaan luaran kelompang dan skrin masih menyerupai sama seperti model sebelum ini cuma dengan beberapa perubahan ketara termasuklah spesifikasi dalaman.

Bagi spesifikasi dalaman, kedua-dua model iPhone ini dikuasakan dengan cip A15 Bionic. Dengan cip ini, ia menawarkan sebanyak 50% kuasa CPU yang lebih pantas termasuklah GPU sebanyak 30% lebih pantas berbanding pesaing lain. Oleh itu, ketahanan bateri iPhone 13 Pro dengan tambahan lebih 1.5 jam manakala iPhone 13 Pro Max adalah 2.5 jam berbanding model sebelum ini. Pengecasan MagSafe masih disokong seperti biasa.

Pada panel skrin hadapan, takuk yang menempatkan ruang Face ID kini lebih kecil disebabkan ruang dekap telinga dipindahkan pada bahagian bezel atas. Ia juga turut menggunakan skrin OLED Super Retina XDR dengan sokongan kadar segar semula 120Hz termasuklah teknologi ProMotion. Saiz skrin kedua-dua model ialah sama dan tiada perubahan. Ia ditawarkan dengan empat pilihan warna iaitu Graphite, Sierra Blue, emas dan perak.

iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max masih mengekalkan penggunaan tri-kamera termasuklah sensor LiDAR akan tetapi, ruang kaca lensa pada bahagian belakang adalah semakin membesar sehinggakan bersaiz separuh daripada iPhone ini. Dengan sistem kamera ini, ia berkemampuan untuk menangkap gambar dan merakam video untuk mod malam yang lebih baik termasuklah rakaman video Apple ProRes sehingga 4K HDR.

Penggunaan tri-kamera pada model ini dilengkapi dengan lensa sudut lebar 12 megapiksel f/1.5, lensa ultra-lebar 12 megapiksel f/1.8 dan lensa telefoto 12 megapiksel f/2.8. Kesemua lensa dan sensor model ini menyokong mod makro, mod malam dan juga mod Cinematic yang terdapat pada iPhone 13 mini dan iPhone 13 terbaharu.

Bagi yang berminat, iPhone 13 pro dijual bermula dari harga RM4,899 bagi storan 128GB dan boleh melangkaui sehingga RM7,199 bagi storan 1TB. Untuk iPhone 13 Pro Max boleh didapati bermula dari RM5,299 bagi storan 128GB dan RM7,599 bagi storan 1TB.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen