Apple

Apple Berkongsikan Rakaman Video Menggunakan iPhone 13 Pro Max – A Dozen Eggs


Dalam mengeksplorasi kehebatan kamera model iPhone 13 Pro, Apple pada hari ini telah berkongsikan video untuk siri “Shot on iPhone” yang baharu. Dihasilkan oleh pengarah filem Michel Gondry, video pendek bertajuk “A Dozen Eggs” ini memperlihatkan ciri-ciri kamera iPhone 13 Pro tersebut.

Berdasarkan video di bawah, ia menggambarkan telur pada situasi dan fenomena fantasi berdasarkan kreativiti pengarah tersebut. Keseluruhan video di bawah ini dirakam sepenuhnya menggunakan iPhone 13 Pro.

Apple pada masa yang sama juga berkongsikan video di belakang tabir ketika membuat rakaman video A Dozen Eggs ini.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen