Firma penyelidikan Sensor Tower pada hari ini telah berkongsikan maklumat mengenai perbelanjaan aplikasi yang telah dibuat oleh pengguna di seluruh dunia. Dalam pada itu, mereka juga turut berkongsikan senarai aplikasi yang popular dimuat turun sepanjang tahun ini.
Sepanjang 2021, jumlah muat turun telah menunjukkan peningkatan daripada 142.9 bilion pada 2020 ke 143.6 bilion. Jumlah muat turun aplikasi daripada App Store telah menunjukkan penururan sebanyak 2.1 bilion daripada tahun lepas berdasarkan ramalan Sensor Tower.
Aplikasi TikTok masih lagi mendominasi sebagai aplikasi paling banyak dimuat turun di App Store bagi tahun ini. Apple juga telah mengesahkan aplikasi platform media ini ketika mengumumkan Anugerah App Store 2021 yang lepas bagi pasaran Amerika Syarikat. Kebanyakan aplikasi media sosial, panggilan video, suntingan video masih lagi berada di dalam senarai 10 tertinggi.
Tambah Komen