Penggunaan aplikasi sememangnya penting di dalam kehidupan seharian. Dengan zaman pandemik yang semakin mencabar, aplikasi pada telefon pintar dapat membantu untuk menguruskan sesuatu tugas dengan lebih mudah. Ini juga termasuklah aplikasi berbayar dan langganan serta pembelian dalam aplikasi.
Firma penyelidikan Sensor Tower telah mengeluarkan laporan baharu mengenai jumlah perbelanjaan dua kedai aplikasi gergasi iaitu App Store dan Play Store. Berdasarkan laporan tersebut, pengguna di seluruh dunia telah membelanjakan sebanyak $133 billion (RM561~ bilion) untuk aplikasi sepanjang 2021.
Apple App Store masih lagi mendominasikan dengan penjanaan sebanyak $85.1 billion (~RM360 bilion) berbanding Google Play Store dengan $47.9 billion (~RM202 bilion) bagi tahun ini. Peningkatan hampir 20% berbanding tahun 2020 hasil gabungan kedua-dua pendapatan kedai aplikasi ini.
Aplikasi yang menjana pendapatan tertinggi ialah aplikasi TikTok sebagai platform video yang mencecah sehingga $3 billion (~RM13 bilion) pada bulan Jun. Aplikasi lain seperti YouTube, Tinder dan Disney+ adalah antara penyumbang utama perbelajanaan ini. Selain itu, aplikasi seperti Tencent Video, iQIYI, Piccoma, QQ Music dan Youku serta Netflix juga adalah antara aplikasi tertinggi dalam perbelanjaan Apple App Store.
Bagi aplikasi permua pula, hampir $90 billion (~RM380 bilion) telah dibelanjakan oleh pengguna bagi kedua-dua kedai aplikasi ini. Untuk App Store, pengguna telah membelanjakan sebanyak $53.2 billion (~RM224.34 bilion) sepanjang 2021 berbanding Play Store dengan $37.3 billion (~RM157 bilion).
Senarai 10 aplikasi tertinggi jumlah penjanaan pendapatan di App Store ialah Honor of Kings, PUBG Mobile, Genshin Impact, Roblox, 3 Kingdoms Tactics, Fantasy WW Journey, Pokémon GO, Candy Crush Saga, Uma Musume dan Rise of Kingdoms.
Tambah Komen