Saban hari, soalan yang sama ditanya. “Apa beza set LL dan MY? Yang mana lebih bagus? Kenapa iPhone 5 set LL saya tak dapat LTE?” dan bermacam-macam lagi. Sememangnya banyak sebenarnya panduan yang telah diberikan, namun masih lagi ramai yang ingin bertanya lagi dan lagi. Entri kali ini ingin memberikan anda perkara asas yang perlu anda tahu jika anda mahu membeli iPhone “set import”
Nak mudah, kita berikan contoh, iPhone set LL VS iPhone set MY. LL dan MY bukan sahaja berbeza dari kod. Ada banyak benda lagi yang perlu anda tahu. Banyak perbezaan sebenarnya. Mohon baca semuanya di bawah. Ada beberapa pautan disertakan dibawah untuk meningkatkan lagi pemahaman anda. Ada LIMA perkara yang anda perlu faham.
1. Anda perlu faham apa itu kod LL (lazimnya ia adalah untuk set Amerika Syarikat dan set Kanada dahulu)
– Boleh baca selanjutnya di -> iPhone anda berasal dari mana?
2. Umumnya, semua iPad dan iPhone selepas iPhone 3G dan iPad 1 boleh digunakan di Malaysia. Tidak ada masalah untuk disambungkan dengan rangkaian di Malaysia. Nak buat panggilan dan SMS, tiada masalah.
3. Jika anda ingin mengetahui mengenai sambungan 4G/LTE, di Malaysia, ada beberapa band 4G/LTE yang disokong. Dan ianya berbeza-beza mengikut syarikat rangkaian, malah setiap menara juga dilengkapkan dengan band LTE yang berbeza. Boleh baca selanjutnya di -> iPhone Anda Sokong LTE/4G di Malaysia?
4. Anda perlu juga memahami apa itu set import, set refurbished, set terpakai dan sebagainya. Set baru mestilah mempunyai jaminan yang belum diaktifkan lagi. Tak kisah la set apa pun, kalau tempoh jaminan dah berjalan, ianya tetap set yang sudah digunakan(terpakai).
Boleh baca selanjutnya di
– Panduan Membeli iPhone (Original/Baru/Second Hand/Refurbished/Import/Replacement)
– iPhone Refurbished atau bukan?
5. Jika nak beli iPhone set luar, Anda juga perlu pastikan, ianya tidak terikat dengan syarikat rangkaian. Jika terikat dengan syarikat rangkaian, selepas anda format iOS, anda tak boleh aktifkan iPhone kerana tidak mempunyai kad SIM syarikat rangkaian tersebut.
Perkara asas ini adalah untuk membezakan set jualan/runcit dan bukan set gantian. Untuk set gantian, Apple dan Wakil Penyedia Servisnya akan memberikan set gantian yang sesuai dengan negara tersebut. Tidak wujud istilah “kod negara itu ialah negara asal” bagi set gantian. Sebagai contoh, jika iPhone gantian set VN, itu tidak bermakna iPhone itu berasal dari Vietnam ! Tidak sama sekali. Set gantian dibawa terus ke Malaysia daripada China / Singapura. Set gantian juga ialah baharu dan sama sahaja dengan set jualan.
Tambah Komen