Aplikasi

Fungsi Carian Pada Direct Message Twitter Kini Tersedia Untuk Semua Pengguna iOS

Selepas memperkenalkan ciri tapisan spam pada sistem permesejan semalam, Twitter pada hari ini telah melancarkan fungsi baharu iaitu membolehkan pengguna membuat carian pada Direct Message. Fungsi ini secara langsung menambahkan kebolehgunaan pada sistem permesejan Twitter ini.

Dengan fungsi ini, ia memudahkan pengguna untuk mencari kandungan mesej atau kumpulan secara spesifi. Setiap carian yang dilakukan adalah berdasarkan nama akaun dan nama pengguna, serta kandungan mesej tersebut. Bagi pengguna yang menjalankan perniagaan dan berurusan menggunakan DM, ciri ini adalah sangat berguna kepada anda.

Pastikan aplikasi Twitter pada peranti iOS anda telah dikemas kini kepada versi yang terkini di App Store bagi membolehkan untuk menggunakan fungsi ini.

Sumber artikel: Engadget

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen