Info iPhone

iPhone Anda Berasal Dari Mana?


Seringkali kita berfikir, bagaimana untuk mengetahui sesebuah iPhone yang dimiliki ini sebenarnya dijual untuk pasaran negara yang mana? Seperti yang sedia maklum, peranti iPhone ini dijual di kebanyakan negara-negara di seluruh dunia. Sebagai pengguna, Model Name/Part No. ialah sangat penting untuk mengetahui di mana iPhone itu sepatutnya dijual dan dipasarkan. Ia juga boleh membantu kita membuat kesimpulan sama ada ianya sesuai digunakan di Malaysia ataupun tidak.

Apakah maksud Model Name/Part No. ini?

Model Name/Part No. ini merupakan suatu label kod identifikasi. Dengan kod kod tersebut kita boleh mengetahui jenis, model, kapasiti, warna dan negara yang sepatutnya peranti itu dijual.

Bagaimana untuk mencari Model Name/Part No. ini? Sebenarnya ada banyak cara, saya tunjukkan dua cara yang mudah terlebih dahulu seperti di bawah.

  • A) Boleh dapatkan melalui kotak iPhone berkenaan, sila rujuk di bahagian belakang kotak. Jelas tertulis pada bahagian Part No. Contoh gambar :

  • B) Melalui Settings > General > About > Model (cara yang lebih tepat)

Sebagai contoh kod yang tertera pada gambar di atas ialah MC319LL/A. Dari situ kita boleh mengetahui bahawa:

  • M = model biasa yang dijual secara rasmi melalui Apple atau wakil penjual (retail)
  • C = batch no/ada juga yang merujuk kepada batch model iPhone
  • 319 = iPhone 4 Black 32GB
  • LL = Set Amerika Syarikat
  • A = Apple Retail

Maksud dan penerangan setiap kod huruf dan nombor yang terdapat pada Model Name/Part No.

1. Kod huruf pertama ‘M’

Untuk bahagian kod huruf yang pertama, ‘M’ membawakan maksud iPhone tersebut dijual samada melalui kedai rasmi Apple Store, laman jualan rasmi dalam talian Apple atau wakil penjual rasmi Apple. Selain itu, terdapat empat lagi variasi huruf dan nombor mengikut iPhone tertentu atau unik yang boleh didapati di pasaran seperti contoh di bawah:

  • F – refurbished
  • N gantian (replacement)
  • P personal atau lebih khususnya peranti yang mempunyai ukiran (engraving) pada bahagian belakang
  • 3A dan 3D – set demo

2. Kod huruf kedua ‘C’

Bagi kod huruf yang kedua ini, saya dapati ianya berubah-ubah mengikut batch model iPhone. Namun ia tidaklah tetap atau kekal kepada satu model sahaja. Sebagai contoh, kebanyakannya:

iPhone 2GA
iPhone 3GB dan C
iPhone 3GSB dan C
iPhone 4C dan D
iPhone 4SD
iPhone 5D dan E
iPhone 5CE, F dan G
iPhone 5SE, F dan G
iPhone 6G
iPhone 6 PlusG
iPhone 6SK dan N
iPhone 6S PlusK dan N
iPhone SE (generasi pertama)L
iPhone 7N
iPhone 7 PlusN
iPhone 8Q dan R
iPhone 8 PlusQ dan R
iPhone XQ
iPhone XRR dan T
iPhone XST
iPhone XS MaxT
iPhone 11W
iPhone 11 ProW
iPhone 11 Pro MaxW
iPhone SE (generasi kedua)X
iPhone 12 miniG
iPhone 12G
iPhone 12 ProG
iPhone 12 Pro MaxG
iPhone 13 miniL
iPhone 13L
iPhone 13 ProL
iPhone 13 Pro MaxL

3. Kod nombor ketiga ‘319’

Bagi kod ketiga ialah kod nombor yang digunakan untuk mengenalpasti model, jenis, kapasiti dan warna iPhone berkenaan. Untuk senarai penuh mengikut model iPhone yang anda gunakan, boleh rujuk pada artikel Senarai Kod Untuk Mengenalpasti Jenis, Kapasiti dan Warna iPhone ini.

4. Kod huruf keempat ‘LL’

Kod huruf yang keempat ialah kod negara atau daerah (region). Setiap kod ini melambangkan negara atau daerah yang dikhaskan bagi sesebuah iPhone itu untuk dipasarkan dan dijual yang dilabel, disusun dan dirangkakan oleh Apple. Penjualan peranti mengikut negara atau daerah menggunakan kod ini ialah untuk bagi mengelakkan daripada pelbagai jenis peranti dicampur aduk serta dijual di negara yang tidak sepatutnya.

Seperti contoh, iPhone dan peranti Apple yang lain serta peranti elektronik yang mempunyai kamera dan dijual di negara Jepun tidak boleh disenyapkan bunyi pengatup kamera walaupun suis senyap pada bahagian tepi telah diaktifkan seperti yang termaktub di bawah undang-undang negara tersebut. Ini adalah menghindarkan perbuatan tidak senonoh yang dilakukan oleh penyumbaleweng seperti menangkap gambar di bawah skirt pelajar perempuan yang sering dilaporkan berlaku di dalam tren.

Oleh itu, adalah tidak logik untuk iPhone bernegarakan Jepun ini untuk dijual di negara Asia yang lain. Terdapat juga beberapa buah negara yang mengamalkan undang-undang seperti ini, untuk penerangan terperinci dan maksud yang lebih lanjut anda boleh membaca artikel Ketahui Ciri iOS Yang Dibuang Pada iPhone Mengikut Negara Asal Dijual ini.

AAEmiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir
ABArab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jordan, Mesir
AEArab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar
BMalta, Republik Ireland, United Kingdom (UK)
BGBulgaria
BRBrazil
BZBrazil
CKanada
CHChina
CIChile
CLKanada
CMHungary
CNRepublik Czech
CRCroatia
CSRepublik Czech, Slovakia
CZRepublik Czech
DJerman
DNAustria, Belanda, Jerman
EMexico
EEEstonia
ELLatvia
ERRepublik Ireland
FPerancis
FBLuxembourg, Perancis
FDAustria, Liechtenstein, Switzerland
FSUkraine
GBGreece
GRGreece
HBIsrael
HNIndia
IDIndonesia
IPItali, Portugal
JJepun
KHKorea Selatan
KNDenmark, Norway
KSFinland, Sweden
LAColombia, Ecuador, El Savador, Guatemala, Honduras, Nicaragua, Panama, Peru, Republik Dominika
LEArgentina
LLAmerika Syarikat (US), Kanada
LPPoland
LTLithuania
LVLatvia
LZChile, Paraguay, Uruguay
MGHungary
MMMontenegro, Republik Macedonia
MYMalaysia
NFBelgium, Luxembourg, Perancis
PAIndonesia
PLPoland
POPortugal
PPFilipina
QLItali
QNDenmark
RKRusia, Ukraine
RMBelarus, Ukraine
ROMoldova, Romania
RRMoldova, Rusia
RSSerbia, Rusia
SASingapura
SLSlovakia
SOAfrika Selatan
SUUkraine
TItali
TATaiwan
THThailand
TUTurki
TYItali
UAUkraine
VCKanada
VNVietnam
XAustralia, New Zealand
YSepanyol
ZEstonia, Ukraine
ZASingapura
ZDBelanda, Belgium, Jerman
ZGDenmark
ZOUnited Kingdom (UK)
ZPAsia Pasifik, Hong Kong, Makau (Macau)
ZQJamaica

2 Komen

Klik di sini untuk menghantar komen

    • Maaf lambat balas. Tidak boleh melainkan iPhone tersebut dibeli di luar negara samada melalui syarikat telekomunikasi atau Apple Store dan mempunyai bukti pembelian seperti resit atau rekod ke atas Apple ID.