Info iPhone

Peleraian iPhone 11 Pro Max Memperlihatkan Rekaan Bateri Yang Lebih Besar Dan Tebal


Sebuah laman web Vietnam Di Động Việt menerusi akaun YouTube mereka telah berkongsikan sebuah video peleraian bagi iPhone 11 Pro Max. Proses meleraikan juga dilakukan secara langsung dan siaran ulangan boleh ditonton semula di akaun tersebut.

Peleraian tersebut telah memperlihatkan reka bentuk dalaman iPhone 11 Pro Max dengan rekaan modul tunggal bateri berbentuk L berkapasiti 3969 mAh. Dengan ini telah mengesahkan dokumen spesifikasi yang dikeluarkan oleh TEENA semalam.

Reka bentuk dan saiz bateri iPhone 11 Pro Max juga lebih tebal dan besar berbanding iPhone XS Max sebelum ini. Selain itu, reka betuk papan induk juga dikemas kini dengan bentuk segi empat tepat yang mampat termasuklah modul komponen tri-kamera dan beberapa komponen yang lain.

Kebiasaannya, iFixit akan melakukan proses peleraian yang lebih tepat dan terperinci di laman web mereka setelah iPhone mula dilancarkan di Australia. iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max bakal dilancarkan secara rasmi pada besok di beberapa buah negara yang terpilih.

Untuk pasaran Malaysia, pra-tempahan ketiga-tiga iPhone akan dibuka pada besok tepat pada pukul 12.01 pagi dan penjualan rasmi pada 27 September kelak.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen