Aplikasi Berita

Twitter Kini Membolehkan Pengguna iOS Menandakan Topik Kegemaran Yang Diikuti


Twitter hari ini telah mengumumkan ciri baharu yang terdapat pada aplikasi untuk iOS. Pengguna peranti iOS kini boleh menandakan topik yang dilanggani sehingga 5 senarai kegemaran pada bahagian ‘Lists’. Bagi menggunakan ciri baharu ini, aplikasi Twitter pada peranti anda perlu dikemas kini ke versi 7.59 yang dikeluarkan semalam.

Bahagian ‘Lists’ ini boleh diakses dengan menekan pada gambar profik akaun anda yang berada di sebelah kiri atas dan kemudian tekan pada panel ‘Lists’. Pada bahagian tersebut, sebuah ikon pin akan berada di sebelah kanan tajuk topik yang anda langgani atau ikuti. Untuk menandakan topik kegemaran anda, tekan pada ikon pin tersebut untuk meletakkan ia pada bahagian ‘Pinned’ di atas.

Antaramuka topik juga dikemas kini dengan memaparkan jumlah ahli dan pengguna yang terdapat dan mengikuti topik tersebut. Bagi yang belum mendapat ciri ini setelah mengemas kini aplikasi, anda perlu menunggu sedikit masa bagi ciri ini hadir pada kesemua pengguna.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen