iPhone Khabar Angin

Kesemua Model iPhone 13 Dilaporkan Bakal Dilengkapi Dengan Sensori LiDAR


Pada tahun lepas Apple telah melancarkan siri model iPhone 12 Pro dan iPad Pro yang dilengkapi dengan sensor LiDAR. Sensor pengimbas ini berfungsi untuk realiti terimbuh dan pengesanan 3D yang penting di dalam sistem ARKit yang dibangunkan oleh Apple. Sensor LiDAR ini juga berfungsi dalam mengoptimasikan keadaan pencahayaan ketika menangkap gambar atau merakam video pada waktu malam.

Menerusi laporan oleh DigiTimes hari ini telah melaporkan kesemua model iPhone 13 yang bakal dilancarkan dijangka bakal dilengkapi dengan sensor ini. Kebiasannya, Apple melancarkan sebuah ciri khas yang hanya terdapat pada model premium bagi generasi pertama dan kemudiannya disertakan pada model yang lain bagi generasi berikutnya.

Siri iPhone 13 berkemungkin bakal dilancarkan dengan secara rasmi pada bulan September ini yang dijangka mempunyai empat model sama seperti siri iPhone 12 tahun lepas. Oleh itu, masih terlalu awal untuk khabar angin ini terjawab dengan benar.

Sumber artikel: DigiTimes


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen