Selain daripada pengenalan perkongsian media secara terus melalui desktop, Instagram juga telah memperkenalkan ciri baharu bagi perkongsian media juga. Bermula hari ini, pengguna boleh berkolaborasi antara pengguna yang lain dalam satu perkongsian dinamakan sebagai Collabs.
Dengan ini, kedua-dua pengguna berkongsikan satu perkongsian media atau Reel yang sama. Untuk berkolaborasi, pengguna boleh menjemput akaun pengguna lain ketika menyunting perkongsian dan setelah jemputan diterima, hantaran perkongsian boleh dilakukan seperti biasa.
Setelah perkongsian media atau Reel diterbit, ia dipaparkan pada profil kedua-dua pengguna secara serentak. Pada masa yang sama juga, mereka berkongsikan interaksi jumlah sukaan, tontonan dan komen antara satu sama lain.
Seperti biasa, ciri ini bakal diaktifkan secara berperingkat kepada pengguna di seluruh dunia bermula minggu ini.
Melalui Collabs, Instagram membolehkan dua pengguna untuk berkongsi sebuah perkongsian atau Reel yang sama. Dengan langkah ini, kedua-dua pengguna boleh melakukan terbitan gambar atau video sama, dan seterusnya berkongsi komen dan juga bilangan interaksi seperti Like dan sebagainya.
Gambar yang diterbitkan juga akan diperlihatkan pada profil kedua-dua pengguna.
Tambah Komen