Aplikasi

Sistem Pengesahan Identiti Melalui Video Swafoto Mula Diuji Oleh Instagram

Sistem pengesahan biometrik sememangnya antara ciri keselamatan yang penting bagi tujuan pengesahan pemilik mahupun identiti. Bermula dari cap jari sehinggalah wajah, ia antara ciri yang diguna pakai dalam kesemua aspek.

Oleh itu, media sosial Instagram kini mula menguji sistem pengesahan ideniti melalui wajah. Pengguna perlu mengambil video swafoto wajah bagi tujuan pengesanan identiti kepada akaun Instagram tersebut. Perkara ini dilakukan ketika proses pengesahan identiti bagi akaun yang telah digodam atau dikunci atas beberapa faktor.

Untuk mengesahkan identiti, pengguna perlu memusingkan kepada mengikut arah yang ditetapkan pada skrin aplikasi. Video swafoto wajah yang dirakam tidak boleh dilihat oleh pengguna lain dan akan dipadam dalam masa 30 hari. Ini adalah untuk memastikan pemilik akaun adalah seorang manusia yang sebenar dan membolehkan akaun dipulangkan termasuklah digunakan seperti biasa.

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen