Aplikasi sampingan daripada Instagram iaitu Threads bakal ditamatkan pada 31 Disember tahun ini. Aplikasi yang memfokuskan kepada permesejan ini adalah salah satu antara aplikasi sampingan yang boleh berfungsi di luar aplikasi Instagram selain IGTV dan lain-lain.
Aplikasi ini dilancarkan pada tahun 2019 lepas bagi memudahkan pengguna untuk berhubung dengan kenalan Instagram. Sebelum ini, sudahpun terdapat aplikasi sebegini yang juga dibangunkan oleh Instagram iaitu Direct. Dengan penggunaan storan dan perlu menukar aplikasi, pengguna lebih gemar menggunakan permesejan yang terbina di dalam aplikasi Instagram.
Pengguna yang masih menggunakan aplikasi Threads bakal dimaklumkan mengenai perkara ini bermula dari 23 November. Kesemua ciri dan fungsi yang terdapat pada aplikasi Threads masih boleh digunakan pada aplikasi Instagram.
Sumber artikel: TechCrunch
Tambah Komen