Aplikasi

Ciri Teks-Ke-Audio Untuk Video Diperkenalkan Oleh Instagram


Bagi menandingi TikTok, Instagram pada hari ini telah memperkenalkan ciri baharu iaitu teks-ke-audio. Setiap kapsyen atau teks yang diletakkan pada video boleh diucapkan kepada audio melalui suara kecergasan buatan.  Ciri ini sememangnya popular digunakan pada TikTok dan kini boleh digunakan pada Instagram.

Pada masa yang sama, pengguna Reels kini mempunyai dua pilihan suara. Ciri lain juga telah ditambah iaitu Voice Effect yang berfungsi untuk mengubah suara pengguna dengan efek robot, helium, giant, announce dan vocalist.

Diharapkan dengan ciri ini ia tidaklah menjengkelkan apabila didengari dan tidak menjejaskan pengalaman tontotan video tersebut.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen