Penggunaan muzik sememangnya menambahkan lagi mood yang mendengarkannya, apatah lagi melihat gambar dan video kenangan atau peristiwa yang indah. Seperti sedia maklum, Instagram menyokong untuk menambah dan memilih muzik pada Stories dan Reels yang diciptakan oleh pengguna.
Ciri baharu yang kini sedang diuji oleh Instagram ialah kebolehan untuk menambah muzik pada hantaran entri bergambar. Pengguna bakal mendapat pilihan Add Music pada ruang terbitan gambar sebelum dikongsikan kepada halaman utama.
Pengguna juga boleh memilih bahagian lagu samada mengikut korus atau ayat yang terdapat pada lirik lagi tersebut. Dengan ini pengguna boleh memilih muzik pilihan masing-masing tanpa perlu menyuntingkannya dalam bentuk video.
Ciri ini masih lagi dalam ujian dan hanya pengguna di negara India serta negara yang terpilih sahaja untuk mencubanya. Tidak dipastikan bila ia akan dilancarkan kepada seluruh pengguna.
Sumber artikel: Roxanne (@ladyroxpop)
Tambah Komen