Apple Arcade Berita

Apple Arcade Bakal Dilancarkan Pada 20 September Ini Dengan Langganan RM19.90 Sebulan


Apple hari ini mengumumkan tarikh pelancaran servis langganan permainan mudah alih Apple Arcade bakal dilancarkan secara rasmi pada 20 September ini. Servis langganan permainan ini merangkumi kesemua produk Apple iaitu iPhone, iPod, iPad, Apple TV dan Mac yang menggunakan sistem operasi terkini seperti iOS 13, iPadOS 13, tvOS 13 dan macOS Catalina.

Permainan yang disertakan hanya eksklusif terdapat dalam langganan Apple Arcade ini tidak tersedia pada halaman Apple App Store. Servis langganan Apple Arcade ini bermula dari RM19.90 sebulan dan boleh dikongsikan sehingga 5 orang menggunakan Family Sharing. Apple juga menawarkan percubaan percuma selama 1 bulan bagi yang ingin mencubanya.

Beberapa permainan telah diberikan demo di atas pentas seperti Frogger in Toy Town oleh Konami, Shinsekai: Into the Depths oleh Capcom, dan Sayonara Wildhearts oleh Anna Purina.

Apple Arcade boleh diakses melalui halaman tab Arcade pada Apple App Store. Menurut Apple, pada setiap bulan akan terdapat permainan baharu yang ditambah. Permainan yang ditawarkan melalui Apple Arcade ini tidak mempunyai sebarang iklan, pembelian dalam aplikasi dan boleh dimain secara di luar talian.

Bagi yang berminat, pastikan anda telah mengemas kini ke sistem operasi iOS 13, iPadOS 13, tvOS 13 dan macOS Catalina untuk mendapat akses dan pembelian langganan.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen