Apple kini dilihat sedang dalam perbincangan dengan beberapa buah syarikat penerbit rekod bagi menyatukan kedua-dua servis Apple Music dan Apple TV+ di bawah satu berkas langganan bulanan menerusi laporan oleh Financial Times. Sebahagian syarikat bersetuju dengan idea ini, namun beberapa syarikat penerbit besar telah menyuarakan pendapat dan menyatakan ia bakal menyebabkan kehilangan hasil penjualan.
Tetapi, laporan tersebut tidak menyatakan jumlah harga bagi sesebuah langganan berkas tersebut. Tidak dipastikan juga samada Apple akan menyertakan sekali dengan servis lain seperti Apple News+, Apple Arcade, AppleCare+ dan storan iCloud.
Di Malaysia, sebuah pakej servis Apple Music ialah berharga RM14.90 sebulan dengan harga RM6.90 untuk para pelajar. Bagi servis Apple TV+ ialah berharga RM19.90 dengan diberi langganan percuma selama setahun bagi pengguna yang membeli peranti iPhone, iPad, iPod touch, Apple TV atau komputer Mac bermula dari 10 September dan seterusnya.
Pengguna di Malaysia, adakah anda mahukan pakej seperti ini atau hanya melanggan servis yang anda mahukan sahaja?
Sumber artikel: MacRumors
Tambah Komen