iPhone

Sebahagian iPhone 12 Dan 13 Mengalami Masalah Sambungan Bluetooth Kepada Sistem Inforia Kenderaan

Terdapat sejumlah pemilik model iPhone 12 dan iPhone 13 yang melaporkan mereka mengalami masalah sambungan Bluetooth yang tidak stabil apabila disambungkan kepada radio atau sistem inforia kenderaan serta sistem bebas tangan untuk panggilan. Mereka yang melaporkan masalah ini di laman Apple Support telah mengemas kini iPhone mereka kepada versi iOS 15.0 sehinggalah yang terkini, iOS 15.1.1.

Rata-rata mereka yang menghadapi ini telah menyebabkan panggilan sering terputus dan panggilan telefon yang tidak jelas serta muzik hanya didengari pada speaker iPhone tetapi tidak pada speaker kenderaan. Berdasarkan laporan pengguna, masalah ini tidak melibatkan jenis kenderaan yang dipandu serta tidak berkaitan dengan sistem CarPlay.

Ada juga yang terpaksa berkali-kali menyahaktif dan mengaktifkan kembali sambungan Bluetooth namun tidak berhasil. Terdapat pengguna yang menghubungi khidmat Apple Support yang juga tidak ada jalan penyelesaian. Bahkan pelbagai cara yang dilakukan seperti mengeset semula peranti, menggunakan kabel audio dan sebagainya. Malah, laman 9to5Mac yang melaporkan berita ini terdapat penguna yang mengalami masalah yang sama termasuklah di forum Reddit.

Dari pemerhatian, berkemungkinan terdapat pepijat pada sambungan Bluetooth bagi iPhone yang telah membuat kemas kini iOS 15. Ataupun terdapat gangguan daripada modem 5G milimeter Wave dengan sambungan Bluetooth kerana hampir kesemuanya berkaitan dengan panggilan telefon.

Diharap pengguna di Malaysia tidak mengalami masalah ini dan jika terjadi, segara laporkan kepada Apple. Diharapkan Apple juga akan mengambil serius mengenai perkara ini dan memperbaiki dalam kemas kini akan datang.

Sumber artikel: 9to5Mac | Media: Jeremy Bezanger dari Unsplash

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen