Aplikasi Berita

WhatsApp Status Mula Diaktifkan Untuk Semua Pengguna


Seperti yang kita sedia maklum, WhatsApp Status membolehkan pengguna berkongsi gambar dan video pada status mereka. Gambar/Video ini hilang selepas tempoh 24 jam.  Konsep yang digunakan ini ialah sama seperti Facebook Stories, Instagram Stories dan pesaing utama mereka, Snapchat.

Untuk menggunakannya, anda hanya perlu mengemaskini aplikasi WhatsApp anda kepada versi terkini (versi 2.17.5). Jika anda sudah kemaskini, anda boleh membuka aplikasi WhatsApp dan kemudian anda akan nampak tab baharu iaitu tab Status. Tab Status akan dipaparkan disebelah ikon panggilan dan anda boleh menambah status anda disitu. Memandangkan tiada lagi tab Contacts, anda boleh mengakses senarai kenalan anda sewaktu hendak memulakan mesej ataupun panggilan.

  1. Jika ingin memulakan mesej, pergi ke tab Sembang > ikon mesej baru > pilih senarai kenalan/cipta kenalan baru.
  2. Jika ingin memulakan panggilan, pergi ke tab Panggilan > ikon telefon > pilih senarai kenalan disitu

Anda akan diberikan pilihan untuk menetapkan privasi – berkongsi WhatsApp Status dengan sesiapa sahaja, atau inginkan sesiapa sahaja dikecualikan daripada melihatnya. Pengguna lain yang dibenarkan untuk melihat status juga boleh membalas status tersebut dengan menekan butang balas. Menariknya, anda juga boleh membalas status kenalan anda dengan menghantar gambar dan video selain menghantar teks biasa.

Adakah ianya menarik? Adakah ia memudahkan anda untuk berkongsi status? Kongsikan pengalaman anda menggunakan fungsi ini kepada kami.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen