Aplikasi

WhatsApp Kini Mempunyai 1 Bilion Pengguna Aktif Dalam Sehari


Aplikasi permesejan popular WhatsApp hari ini telah mengumumkan dan mencapai sejumlah 1 bilion pengguna aktif di seluruh dunia dalam sehari untuk berhubung dengan menggunakan aplikasi ini. Sebelum ini, jumlah statistik tersebut ialah untuk pengguna aktif di seluruh dunia yang menggunakan aplikasi WhatsApp dalam sebulan.

WhatsApp juga turut berkongsikan statistik lain mengenai penggunaan aplikasi oleh pengguna. Sebanyak 55 bilion mesej telah dihantar dalam sehari dan 4.5 bilion gambar telah dikongsikan oleh semua pengguna. Terdapat pilihan sebanyak 60 bahasa yang pengguna boleh tetapkan dan 1 bilion video dikongsikan pada setiap hari.

Sebagai perbandingan, Facebook Mesenger mempunyai 1.2 bilion pengguna aktif dalam sebulan manakala aplikasi Instagram mempunyai 250 bilion pengguna aktif dalam sehari.

Sumber: WhatsApp


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen