Acara Khas Apple macOS

macOS Catalina Diumumkan Dengan Senarai Aplikasi Dan Pelbagai Ciri Baharu


Apple hari ini mengumumkan sistem operasi baharu untuk komputer Mac yang dipanggil sebagai macOS Catalina. Pengumuman tersebut dimulakan dengan ‘nasib aplikasi iTunes’ yang kini dipecahkan kepada tiga aplikasi iaitu Apple Music, Apple Podcast dan Apple TV. Ini bermaksud, aplikasi iTunes tidak lagi disertakan dalam macOS Catalina kelak.

Menurut Apple, penggunaan variasi aplikasi ini akan memudahkan dan menambahbaikan bagi penggunaan media pada komputer Mac. Aplikasi Apple Music akan dihubungkan dengan akaun Apple Music anda dan memberikan akses sepenuhnya untuk penstriman lagu, video muzik, stesen radio Beats1, lagu yang dimuat turun, senarai lagu dan banyak lagi. Untuk pembelian lagu berasingan, iTunes Music Store masih berfungsi seperti biasa dalam aplikasi Apple Music.

Untuk pengurusan storan peranti bagi iPhone misalnya, kini terletak secara terbina dalam aplikasi Finder. Apple juga turut memperkenal ciri baharu yang dinamakan Sidecar, membolehkan peranti iPad digunakan sebagai skrin pendua atau paparan lanjutan kepada komputer Mac samada secara kabel atau nirwayar.

Selain dari itu, macOS Catalina juga mempunyai ciri Screen Time sama seperti iOS dan penambahbaikan kepada aplikasi Photos, Safari, Mail, Notes, dan Reminders.

macOS Catalina boleh digunakan pada komputer Mac yang berikut:

  • MacBook – bermula tahun 2015 dan seterusnya
  • MacBook Air – bermula tahun 2012 dan seterusnya
  • MacbBok Pro – bermula tahun 2012 dan seterusnya
  • Mac Mini – bermula tahun 2012 dan seterusnya
  • iMac – bermula tahun 2012 dan seterusnya
  • iMac Pro – bermula tahun 2017 dan seterusnya
  • Mac Pro – bermula tahun 2013 dan seterusnya

macOS Catalina dijangka akan boleh dimuat turun secara rasmi pada bulan September ini.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen