Pada minggu ini terdapat beberapa peleraian produk baharu Apple dilakukan oleh iFixit. Antaranya ialah iPhone 11, iPhone 11 Pro dan Apple Watch Series 5 adalah produk yang telah diperkenalkan pada awal bulan ini. Hari ini, iFixit telah melakukan peleraian bagi iPad generasi ke-7 dengan skrin 10.2-inci.
Hasil peleraian tersebut mendapati, iPad 10.2-inci mempunyai 3GB RAM berbanding 2GB RAM pada iPad generasi ke-6 9.7-inci yang diperkenalkan pada tahun lepas. Namun, dari segi kapasiti bateri adalah sama iaitu 8227 mAh antara kedua-dua iPad walaupun iPad 10.2-inci mempunyai saiz bingkai luaran yang lebih besar.
Selain itu, penggunaan cip pemprosesan antara kedua-dua iPad juga adalah sama iaitu cip Apple A10 dengan sokongan Apple Pencil generasi pertama tetapi iPad 10.2-inci mempunyai skrin yang lebih besar dan sambungan Smart Connector untuk menyambungkan papan kekunci Smart Keyboard bersaiz penuh. Terdapat juga penambahan magnet pada iPad 10.2-inci bagi membolehkan papan kekunci dilekatkan dengan kuat.
iPad 10.2-inci ini masih belum lagi dijual secara rasmi di Malaysia tetapi harga mengikut jenis dan storan sudah pun diketahui iaitu:
Wi-Fi:
32GB – RM1449
128GB – RM1849
Wi-Fi + Selular:
32GB – RM1999
128GB – RM2399
Anda boleh lihat proses peleraian lengkap pada laman web iFixit.
Tambah Komen