Aplikasi

Instagram Kini Membolehkan Pengguna Menyorok Komen Jelik


Instagram melalui inisiatif bagi mengurangkan perkara negatif seperti buli siber dan melindungi serta menjaga kesihatan mental pengguna, telah memperkenalkan fungsi baharu iaitu dinamakan sebagai “Restrict”. Fungsi ini membolehkan pengguna untuk menyorok komen-komen jelik atau bersifat negatif yang ditinggalkan oleh suatu akaun pada gambar atau video yang dimuat naik.

Pengguna boleh mengakses fungsi ini melalui tiga cara iaitu, dengan menatal pada komen negatif tersebut dan menekan pada tanda seru atau melalui profil akaun. Pada profil akaun tersebut, tekan pada ikon menu tiga titis di atas sebelah kanan dan tekan “Restrict”. Yang terakhir ialah dengan melalui halaman Privacy > Restricted accounts yang terdapat di dalam bahagian Settings.

Apabila akaun tersebut dimasukkan dalam senarai Restrict, sebarang komen yang ditinggalkan hanya boleh dilihat oleh pemilik akaun tersebut dan tidak pada orang lain. Pengguna boleh melihat komen ditinggal oleh akaun itu dengan menekan “See Comment” untuk menerima bagi dipaparkan kepada pengguna lain, memadam atau mengabaikan komen tersebut. Ini termasuklah Direct Message dihantar yang secara automatik akan dimasukkan pada bahagian Message Request.

Pastikan anda telah mengemas kini aplikasi Instagram kepada versi yang terkini di App Store untuk membolehkan menggunakan fungsi ini.

Sumber: Instagram


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen