Aplikasi

Instagram Memperkenalkan ‘Threads’ – Aplikasi Permesejan Dengan Kenalan Rapat


Instagram secara rasminya telah memperkenalkan aplikasi baharu iaitu ‘Threads’. Aplikasi ini ialah berasaskan perkongsian media seperti gambar, video, Story dan juga status kepada kenalan rapat yang terdapat di dalam senarai Close Friends. Aplikasi ini adalah berasingan daripada aplikasi Instagram tetapi diintegrasikan dengan sistem permesejan Direct akaun pengguna.

Aplikasi Threads ini memfokuskan kepada privasi, pengguna boleh memilih sesiapa sahaja untuk perkongsian yang dilakukan. Selain daripada berkongsi gambar dan video, aplikasi ini juga mempunyai ciri Auto Status yang berfungsi untuk berkongsi dan mengemaskini status anda secara automatik berdasarkan seperti lokasi, aktiviti dan sebagainya.

Dengan integrasi kedua-dua aplikasi, semua mesej daripada rakan anda juga dipaparkan pada bahagian Direct yang terdapat pada aplikasi utama, Instagram. Aplikasi Threads ini boleh dimuat turun di App Store bermula hari ini. Pastikan peranti iOS anda telah dikemas kini sekurangnya iOS 10 bagi membolehkan untuk mengguna aplikasi ini.

[Muat turun aplikasi ini di App Store]

Sumber: Instagram


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen