Aplikasi

Instagram Mula Memadam Tab Following Dari Aplikasi – Halaman Untuk Mengetahui Aktiviti Pengguna Lain


Instagram menerusi kenyataan kepada BuzzFeed telah melaporkan bahawa syarikat aplikasi sosial tersebut kini mula membuat tab Following yang terdapat pada halaman Activity akaun pengguna. Tab tersebut telah menimbulkan pelbagai kontroversi yang mula diperkenalkan pada tahun 2011 yang lepas.

Ini kerana, pengguna lain boleh melihat dan mengetahui pelbagai aktiviti yang (tidak bermoral) dilakukan oleh pemilik akaun yang diikuti. Menurut Vishal Shah, ketua produk Instagram menyatakan bahawa halaman tersebut tidak digunakan secara popular dan pengguna juga tidak mengetahui terletaknya sebuah tab untuk mengikuti perkara yang dilakukan oleh pengguna lain.

Salah satu akaun Instagram milik kami telah mula dibuang tab Following ini. Jika akaun anda menghadapi perkara yang sama, ia adalah kerana akaun anda antara yang awal terpilih untuk pembuangan tab ini. Tiada cara yang boleh mengembalikan kembali tab tersebut setelah dibuang.

Sumber artikel: BuzzFeed


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen