Aplikasi

Pengguna Instagram Bakal Boleh Berkongsi Media Secara Terus Melalui Desktop


Instagram dalam satu kenyataan hari ini telah mengumumkan pengguna desktop bakal boleh memuat naik media tanpa perlu menggunakan peranti mudah alih. Bermula Khamis ini, ciri baharu ini diaktifkan secara berperingkat kepada pengguna Instagram di seluruh dunia.

Pengguna boleh memuat naik sebarang jenis gambar dan video berdurasi seminit secara terus melalui desktop komputer masing-masing. Dengan ini, pengguna tidak lagi perlu memindahkan media daripada desktop ke peranti mudah alih bagi memuat naik ke Instagram.

Penggunaan Instagram pada desktop sebelum ini sememangnya terhad kepada melayari sahaja. Baru-baru ini, ciri baharu telah ditambah dengan pengguna boleh menghantar dan menerima mesej daripada DM melalui desktop.


Haziq Harun

Artikel ini saya tulis. Saya menulis artikel ini. Artikel ini ditulis oleh saya.

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen