Aplikasi

WhatsApp Business Bakal Mempunyai Ciri Mencipta Iklan Facebook Secara Dalam Aplikasi

Aplikasi WhatsApp Business sememangnya sangat membantu para peniaga dalam urusan perniagaan mereka. Urusan komunikasi juga dipermudahkan dengan mempunyai akaun WhatsApp yang khususnya dalam kategori perniagaan tanpa perlu menggunakan akaun peribadi.

Baru-baru ini, WABetaInfo telah menjumpai sebuah ciri baharu yang memudahkan lagi penggunaan aplikasi ini. Secara dalam aplikasi, pengguna WhatsApp Business bakal mempunyai ciri yang membolehkan untuk mecipta iklan Facebook secara dalam aplikasi.

Dengan ini, pengguna tidak lagi perlu membuka web Facebook dan boleh melakukannya pada aplikasi termasuklah pada peranti mudah alih sahaja.

Buat masa ini, ciri ini masih dalam peringkat percubaan dan hanya segelintir pengguna WhatsApp versi beta sahaja yang boleh mencubanya. Pelancaran rasmi kepada umum masih belum lagi diketahui.

Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen