Apple hari ini secara rasminya telah melepaskan sistem operasi iOS 13 kepada umum. Kemas kini iOS 13 mula diperkenalkan secara rasmi pada acara khas Apple, WWDC 2019 yang berlangsung pada bulan Jun lepas. iOS 13 secara khususnya membawakan ciri dan fungsi baharu untuk peranti seperti:
- iPhone 11 Pro Max⠀
- iPhone 11 Pro⠀
- iPhone 11⠀
- iPhone XS Max⠀
- iPhone XS⠀
- iPhone XR⠀
- iPhone X⠀
- iPhone 8 Plus⠀
- iPhone 8⠀
- iPhone 7 Plus⠀
- iPhone 7⠀
- iPhone 6s Plus⠀
- iPhone 6s⠀
- iPhone SE⠀
- iPod touch (generasi ke-7)
iOS 13 membawakan pelbagai ciri dan fungsi baharu. Mod tema gelap yang sememangnya ditunggu-tunggukan, kini telah disertakan dalam iOS 13. Bagi peranti iPhone yang menggunakan paparan skrin OLED, ciri ini akan memberikan paparan ‘True Black’ untuk penjimatan bateri.
Perubahan yang paling ketara ialah antaramuka kawalan kelantangan bunyi tidak lagi mengganggu paparan skrin seperti pada versi iOS yang 11 tahun sebelum ini.
iOS 13 juga membawakan ciri pelekat Memoji dan Animoji yang berasaskan Emoji sedia ada yang telah dihasilkan. Kesemua peranti iOS termasuklah yang tidak mempunyai Face ID boleh menghasilkan pelekat Memoji dan boleh digunakan pada aplikasi pihak ketiga.
Dari segi prestasi, pelancaran pembukaan aplikasi akan lebih pantas sebanyak dua kali serta 30 peratus pantas bagi proses nyahkunci Face ID. Saiz muat turun aplikasi juga akan lebih kecil iaitu sebanyak 50 peratus dan sebanyak 60 peratus untuk saiz kemas kini.
Bagi yang ingin mengemas kini iOS 13 ini, anda diharapkan untuk membaca perkara dan panduan sebelum membuat kemas kini di sini. Untuk pengguna yang inginkan kestabilan, anda lebih disarankan untuk menunggu kemas kini iOS 13.1 dilepaskan secara rasmi pada 25 September ini dan melakukan proses kemas kini.
Tambah Komen