Spotify menerusi aplikasi beta mereka untuk iOS telah menambahkan sokongan integrasi Siri pada versi terkini aplikasi tersebut. Menerusi The Verge melaporkan, pengguna yang menggunakan peranti iPhone dan telah mengemas kini iOS 13 dan ke atas, akan dapat meminta Siri untuk memainkan lagu, album dan senarai lagu yang terdapat pada Spotify.
Spotify is finally getting Siri support with iOS 13. You can ask Siri to play songs, albums, and playlists. Here’s how it works: https://t.co/Oc7LegT5yr pic.twitter.com/6F97fbjLtX
— Tom Warren (@tomwarren) September 27, 2019
Apabila ingin membuat permintaan tersebut, pengguna perlu menyebut secara spesifik ayat “on Spotify” pada penghujung permintaan anda. Jika tidak, Siri akan memainkan media daripada Apple Music secara tetap. Menurut The Verge lagi, pengguna yang mempunyai AirPods juga boleh menggunakan ciri baharu ini tetapi pastikan ia disambungkan pada iPhone dan tidak pada peranti yang lain.
Buat masa ini, Spotify masih lagi belum menyatakan waktu dan tarikh yang tetap untuk ciri ini tersedia kepada semua pengguna.
Sumber artikel: MacRumors
Tambah Komen